Tuesday 15 September 2015

Seminar Zipp A - MPCDA di Pendang Lake Resort.



Assalamualaikum w.b.t

oraitt harini cik e-ka nak crita skit pasal seminar Zipp A untuk subject sains tulen, fizik ,kimia, bio & addmath. Setahu cik e-ka yg join kali ni (13 sept - 15 sept) ni hampir 100 orang lebih, perempuan 2 dorm, lelaki 1 dorm shj.

Pendang lake resort ni mmg tempat yg sesuai la kalau untuk kem or seminar, tapi dsbbkan kali ni kami pergi untuk menimba ilmu, takda lah aktiviti2 lasak bagai tu even kat sini ada kayak. Kami just stay dorm & pergi dewan yang sejuk beku macam dalam fridge tu selama beberapa jam untuk beberapa slot .

Makanan mmg terbaik, MPDCA mmg peruntukkan semua kelengkapan yg spatutnya kami dpt, mmg pergi tu tenangkan hati ,jiwa & minda ja untuk mudah terima ilmu memandangkan lagi 46 hari sebelum SPM. Kira macam pecutan akhir lah ni. Memang sronok sbb hanya 2-3 orang pelajar shj dari setiap sekolah di penang termasuk Seberang & Pulau .

Dalam dorm boleh muat lebih kurang 50 orang, katil double decker, tandas besar ada 5 tandas kecil dalam tu, mandi memang ada kolah besar kat situ. Dorm ada aircond + kipas , jangan risau selimut & bantal disediakan.

Pendang Lake Resort ni nak kata besar tak besar sangat tapi ada padang sesuai untuk kawad, dan ada sapphire hall, diamond hall, kami guna diamond hall untuk seminar, aircond dia memang tak tahan, berjam2 dalam tu sampai selsema! hahaha,

Makan pulak, ada sarapan, nasik lemak, kuey teow, then dlm pkul 10 tu makan kuih lg, pkul 12 makan tengah hari, then ada makan petang, makan malam, supper. Parents tak perlu risau lah makan kat sini mmg terjaga & sedap!

J.U , guru2 semua mmg berpengalaman & modul yg kami dpt pun sgt membantu, seminar kali ni lebih kepada buat latihan & akan dibimbing oleh J.U (guru2) kat situ, tak perlu malu lah, datang sini untuk belajar, so apa yg tak faham, terus tanya , angkat tangan tanpa segan silu .

Selama 3 hari kat pendang lake resort ni memang macam2 ilmu dapat, kawan2 baru semua sporting & dengar kata yg datang ni semua pelajar cemerlang yg skolah masing2 hantar, memang dari segi komunikasi dgn depa takdak masalah. Melawak & sembang macam kenal lama.

So , balik bukan dengan tangan kosong, bawak ilmu balik share dgn kawan2. Jadi tu shj serba sdikit mengenai seminar Zipp A 2015 ni..

;)

No comments:

Post a Comment