Wednesday 17 December 2014

Introducing Zairi Mazelan



Assalamualaikum dear pembaca setia , (setia ke ? hapdet blog pon berkurun sekali) , LOL xD gambar sape tu kat atas tu anak2 ku sekalian , kenal tak.. ? (ajet mak2) , haa harini e-ka nak introduce seorang penyanyi iaitu Zairi Mazelan, one thing I like about Abg Zairi Mazelan is he's so humble , friendly and kind ! (to be honest I'd never met him) , but kalau nak tahu apa yg e-ka ckp ni betul ke idok, nah twitter Zairi Mazelan ,@Zairi_M_Music ,jemput follow & jangan segan2 nak mention ye , and dia dah kluar dgn single sendiri which is Kisah Kita (siap bagi link lagi untuk permudahkan urusan hal ehwal alam) https://www.youtube.com/watch?v=oe2WL3G0NVY

   tak rugi pun korbankan gb untuk tgk video lagu kisah kita by zairi mazelan tu, and if im not mistaken dia pernah perfom di muzik2, tercalon lah (bukan if im not mistaken, mmg tak mistaken pun) ps , serabut lah e-ka ni . Okay2 taknak ubah topic, untuk ketahui lebih lanjut, dia juga menuntut di Universiti teknologi mara (UITM) dalam bidang muzik ,

   E-ka taktahu bnyk sgt kalau nak cerita lelebih pon, alaa takyah ckp banyak , scrolling je twitter dan insta zairi mazelan untuk tahu kisah seharian dan dipenuhi dgn vine2 yg lucu hasil Abg zairi sendiri bersama-sama rakan dan junior yang lain .

(Macam mana e-ka kenal zairi mazelan ni even tak pernah bersua muka??) haa, kebetulan my princee , Fariz Izwan :) , study uitm shah alam, course muzik jgk, segan pulak nak melebih, nnt cik fariz titew sedih nengoknye .. alrite2 enough for today , do drop your blog in chatbox for blogwalking , chaww, Assalamualaikum  :D

My birthday



Assalamualaikum and Hi olss !

    Agak2 dah berapa kurun aku tak hapdet blog eh? kalau besi dah lama berkarat, kalau nasi dah lama basi kalau kau? dah beranak pinak dah , baru aku hapdet blog ni , haha . Merepek apa lah cik pika kita sorang ni , agak2 setelah sekian lama menyepi di blog ni apa cerita cik e-ka nak bawak harini eh?

   Okay , bukan nak riak, but ntah mood apa datang , today is my birthday and baru ada hati nak menjenguk blog, haha. And time birthday ni la tak berapa sihat , demam skit, batuk2 , memang tak larat nak kemana . Makan pizza je kita harini . Haha sbb kek pun buat kita mual dah skrg ni .. and dah almost a couple of weeks cik e-ka tak makan nasik , makan nasik yg telah menjadi bubur je .. haha , dunno lah what kind of lost appetite ish dis, so long ah (apa tu ?) haha ,


   to my besties yg hntr sms, wish pkul 12 tengah malam , 2 pagi , cik fazlin syafiqah and ifaa, thank you so much, and yg gigih tunggu 12 malam untuk wish bday, my prince of heart, encik fariz izwan, singing a bday song for me and bagi video dia main lagu sungha jung which is my fav guitarist , lagu dia mmg semua dahsyat2, fingerstyle babe, smpai aku kerepot pun belum tentu dpt main cam dia but he did it for me, thank you so much , and tak lupa jgk bestie yg wish kat fb dgn panjangnya , tq so much, and to kpop fandom, cehh, MKRians , all Malaysian kpop roleplayers, terima kasih sgt2, jeongmal gomawo , wish ramai2, lg ramai dr real life, wahh ni terharu ni, haha and cikgu yg wish, thank you so much, and artis , haha Azhael , yg nyanyi lagu hujung waktu tu, tipulah kalau taktahu, top lah lagu tu di era ini (cewah xD) , akuuuu cinta padamuu ... haa cenggitu lah (ingat suara tu sedap sgt ke)

(click untuk besarkan gambar)

   Okay thats all for today , nak masuk 2015 dah , aku baru 16 tahun pada harini 17 disember , haha lambat betul .Adakah ini entri penutup 2014 ? ntah , marilah sama2 kita nantikan (ni bukan filem lah) , take care lovelisss, assalamualaikum :D

Wednesday 23 July 2014

Resipi Char Koey Teow E-ka


Assalamualaikum , entri kali ni lain dari entri sebelum-sebelum ni , sebab apa ? ntah kenapa pulak e-ka buat entri pasal resipi pulak ni , hahaha , bosan teruk , tak tahu sangat dah nak buat apa , selamat berpuasa dan selamat hari raya maaf zahir batin (4 hari lagi nak raya ! ucap awal2 hehehe ) . Tengok tajuk entri kali ni dah macam blog chef2 gitu kan , hmphh , suka2 je letak resipi char koey teow E-ka tu , haha memandai je tambah ..Okay resipi ni yang biasa orang guna la tapi sesetengah orang guna cara lain ,bahan lain , ikut tekak sndiri lah ye , so ni cara eka masak , jadi e-ka letaklah nama dia resipi char koey teow e-ka ^x^ . Jom mula! :D

Bahan-bahan yang diperlukan :
1) Kuey teow
2) Udang
3) sebiji telur
4) Ayam yang dipotong dadu
5) Cili kering
6) Bawang putih
7) Bawang merah ( bukan yg besar tau , yg kecik cute2 tu ^x^ )
8) Sos cili
9) sos tiram
10) Kicap mee (yang hitam pekat tu)
11) sedikit gula dan garam (kalau rasa dah okay dengan sos2 tadi tu takpayah lah tambah ye)
12) Kucai ( sejenis sayur , kalau tak suka sayur , takpayah pun takpe :D )
13) dan last sekali , minyak untuk memasak

Cara-caranya :
1 ) Panaskan minyak dalam kuali agak-agak 2-3 sudu teh . Masukkan bawang putih dan bawah merah yang telah ditumbuk atau diblander , (sama jelah) . Anggaran bawang putih dan bawang merah ni lebih kurang seulas bawang putih dan seulas bawang merah je takyah bebanyak.2) Lepas bawang putih dengan bawang merah tu agak2 dah kekuning-kuningan tu , masukkan cili kering yang telah dipotong dan ditumbuk dengan lumatnya ! (supaya takdelah nampak bentuk cili dalam masakan tu nanti ye) Anggaran dia antara 2-3 cili kering je , potong , pastu tumbuk dia :D
3) Lepas dah sebati ( cewah ^-^ ) , masukkan sos cili , sos tiram dan kicap mee . Yang ni e-ka taktahu sangat nak bagi anggaran sebab selalunya e-ka main masukkan je .. Kalau ada yang tanya , tadi dah letak cili kering , ni letak sos pulak ? Okay , cili kering tu nak bagi pedas, sos cili taklah pedas sangat dan digunakan untuk bagi kuah kepada kuey teow kita nnt, and for you guys punya information , e-ka tak makan pedas , so resipi ni sesuai untuk orang yg tak makan makanan yg pedas sebabtu e-ka guna 2-3 cili kering je, so just nice lah untuk spesies e-ka ni :D (panjangnye explain) 
4) Kemudian , masukkan udang dan ayam yang dipotong dadu tadi , kalau ada yang suka seafood ni nak tambah sotong ke fishcake fishball ke hape tambah jelah , diri sendiri jugak yg nak makan kan :D TAPI janganlah tambah hotdog k ? E-ka nak buat pemberitahuan sikit kat sini , char kuey teow adalah kuey teow yang berkuah , jadi , kalau untuk diri sendiri yg nak makan , (sepinggan) , kita cuma perlukan setengah dari sepaket kuet teow yang kita beli tu , dan kuahnya yang kita tengah masak sekarang ni pastikan lebih dari kuey teow , maksud e-ka , ratio koey teow dengan kuahnya ialah 1:2 . Nak bagi kuah banyak , boleh tambah air sikit , pastu kalau tawar , masukkan lah gula atau garam ..Kuah tu kena banyak ye , sebab kuey teow cepat serap kuah, nanti kita nampak mcm kuah dah banyak tp bila masukkan dalam pinggan , sikit je kan , haa beringatlah ye nanti jadi kuey teow goreng pulak ^x^ .
5) Seterusnya selepas kuah tadi dah menggelegak , masukkan kuey teow .pecahkan telur ke dalam kuali serta merta dan masukkan kucai setelah beberapa saat , padamkan api . Sedia untuk dihidangkan ^_^

Ingat ye kuey teow ni cepat serap , tapi janganlah pulak tambah air sampai jadi bubur kuey teow , haha , sesuai dimakan terus lepas dimasak , tak yah lah simpan2 ye , tak best . :D agak complicated kan resipi e-ka ? dan eka tak letak taugeh , biasanya kuey teow dan taugeh berpisah tiada kan ? HAAA , ni resipi eka so eka tak letak taugeh sebab e-ka tak suka taugeh !!!!! hahaha , eka suka sangat makan char kuey teow ,masak sendiri kan senang :D hehee dan kalau yang nak eka suggestkan kedai mana yg char kuey teow nya sedap , e-ka cadangkan , SANY CHAR KUEY TEOW . dia ada banyak cawangan slah satunya , di bukit gedung pulau pinang , kompleks bukit gedung , situ memang favourite eka , memang sedap !Harganya dlm RM4.50 spinggan .. Sepinggan tak cukup baq hangg !!!

Okay lah , selamat mencuba ! :D

Saturday 3 May 2014

Kelunturan Hidup Bermasyarakat


Assalamualaikum w.b.t .. Apa khabar blogger2 sekalian ? em rindunya , lama sngt dah tak update blog .. macam yg e-ka dh cakap masa awal tahun dulu lah , busy sikit , dh naik form 4 ni , tusyen pun e-ka baru je mula bulan ni sebab terlalu sibuk , permulaan tahun ni e-ka rasa antara tahun e-ka paling aktif dan sangat2 sibuk , syarahan lah , teater , public speaking , mc sna mc sni , sampaikan tak pernah sehari e-ka at sekolah tu tkda yang relax , kalau orang lain datang belajar dan balik , e-ka ada ja benda yang kena settlekan sampaikan kadang2 tu penat sangat2 , tapi alhamdulillah , tabahan diri , ingt semua kerja yg e-ka buat, niat ikhlas , kerana Allah s.w.t ..alhamdulillah stakat ni tkda sehari pun e-ka tak datang sekolah .. :) eh2 dah kenapa e-ka melalut pasal sekolah pulak ni , tak kena tajuk pulak ..

Haaa, bagi yg tertanya2 apa kena mengena tajuk ''Kelunturan Hidup Bermasyarakat'' (dh macam tajuk karangan pulak) dengan gambar yg e-ka sisipkan di atas ? kalau nak tawu , e-ka mmg dah lama sngt nk cakap pasal benda ni , so buat lah jugak melepas geram yg terbuku di hati , (cewah ayat) em entri kali ni menyentuh isu generasi yang lincah bermain dengan alat2 moden , gajet2 canggih al maklumlah dikatakan dunia sudah maju , takkanlah nak jadi mcm katak di bawah tempurung ? lipas di belakang almari ? tikus di balik pintu ? (amboi dh melebih pulak peribahasa dia) haha .. yaa okay2 , tak salah tu semua , TAPI memang e-ka tak dapat nafikan apa yang e-ka nampak realiti sekarang ini kita seolah-olah bertuhankan gajet tu semua . maaf agak lancang , tapi , cuba kita tanya diri sendiri , imbas semula , bila dengar azan , kita solat dahulu kah ataupun update status / tweet dahulu ? e-ka tak cakap semua , tapi bila gempa bumi berlaku pada 11 april 2012 di Malaysia dulu , walaupun tak begitu serius sehingga mampu menyebabkan kematian , TETAPI , berapa ramai yg update status ckp '' eh kenapa rasa bergegar ni '' '' katil aku bergoyang lah '' '' gempa bumi lah! '' lepas tu baru bertindak ? hm , dan berapa ramai yang betul2 doakan keselamatan MH370 atau sekadar tweet dan update status sahaja ? :')

Generasi serba bijak sekalian , sibuk sangat kah kita dengan gajet2 sebegini sehinggakan tengah berjalan pun nak di tenung fon tu ? (tapi awek cun lalu dia nampak pulak) okay ini apa yang e-ka lalui sendiri , satu hari tu e-ka keluar tanpa membawa handphone sebab nak ke 7 eleven je , dekat dekat rumah e-ka .. e-ka masuk lift , ada sorang lelaki ni , main phone , keluar lift , smbil berjalan ada gadis berbangsa cina sedang berjalan jugak smbil bermain phone , e-ka jalan lg smpai dlm 7 eleven , ada lelaki smbil bayar barang pegang fon , dan selesai bayar sja dia main phone , cashier yg bosan sebab tak ramai orang tu pun main phone jgak , mmg touch screen lah kebanyakannya , dan e-ka pulak rasa mcm , eh ketinggalan zaman ka aku ni ? em dan apa yang e-ka nampak sendiri , lepas balik 7 eleven , naik lift , ada sorang kakak tu , jiran e-ka , tapi tingkat lain2 , ingatkan nak tegur dia , tapi nampak dia sibuk main phone , terbantut hasrat nak tegur tu .. hm dengan tak sengaja hubungan kemasyarakatan jadi semakin renggang .. makan kena ada phone , tido kena ada phone , smpaikan masuk toilet pun kena ada fon ? hm , nasib baik lah peraturan sekolah tak benarkan pelajar bawak fon ke sekolah , dan e-ka sangat2 tak bersetuju jika fon boleh dibawa ke sekolah .

Kita jadi permah dalam media sosial , contohnya wechat , FB , twitter , instagram , Line , kakaotalk , keek , soundsloud , hah macam2 lagi , kita update mcm2 , chat dengan orang2 baru , tapi realiti ? orang yg kita kenal yang lintas di depan mata kita pun belum tentu kita tegur kan ? dalam media sosial bukan main lagi , '' titew hang out QB awini , law jumpe tuee tegur keyh , saye tak mawah owankx '' dahtu ada la yg comment chit chut chat chit chut chot , tapi realiti ? tegur pun tak .. dan bezanya orang mengorat zaman dulu dengan skrg e-ka tgok , haha , dulu lelaki ckp '' hai, nak number ? '' sekarang ,perempuan pun apa kurangnya '' ID ?? '' haha , dulu , tak dulu sngt lah , 4-5 tahun lepas ..sekarang semua dh berubah .. perempuan dah nak menandingi lelaki .. tapi tak dinafikan jugak media sosial ni bawak banyak kesenangan kpd kita..contohnya e-ka sendiri suka cari maklumat, membeli barang dan berhubung dgn kawan2 melalui media sosial , lebih jimat , mudah dan pantas .. yela , kalau topup , boleh contact ja , kalau guna internet smua boleh .. tapi ada pulak yg salah gunakan , contohnya zaman sekolah ni pulak digunakan untuk cari publisiti , nak fomous , nak HOT , nak ramai kenal , nak banyak followers , nk banyk likers dan e-ka tak faham diorang dpt apa buat tu semua ..

haa , yang ni menyakitkan hati .. korang tawu tak tabiat suka berkepit dengan fon canggih anda 24 jam tu membawa kemudaratan yang kritikal kepada orang lain , tambah2 lagi orang2 tua yang jarang dan tk biasa dengan tabiat remaja gila gajet ni , diorang akan marah habis bila tabiat suka berkepit dengan fon anda tu menyusahkan dia .. contohnya , di pasar malam , dah tawu pasar malam biasanya sesak , TAKPAYAH LAH NAK BERSELFIE BAGAI , boleh pulak berwechat tengah orang bersesak2 tu , mau tak dimaki nya. orang tengah nak beli barang , boleh pulak nak tweet ada dkt pasar malam , ikutkan hati e-ka rasa nak ja buat satu tempat khas tu , duduk lah situ spuas2 hati , untuk bermain fon , apa2 saja prangai . nak nak pulak time drive , ni selalu jadi , dalam kereta , boleh pulak tengok fon , berchatting2 , taktawu ke jalan tu bukan atuk dia punya ? timbulkan kemarahan dan mungkin kemalangan . dan satu lagi , para penjual sekalian , agak2 bila nak serve pelanggan tu tolong lah focus dan concentrate pada kerja anda , bukan smartphone anda , kerana orang yg akan membeli barang yg anda jual adalah pelanggan ,bukan smartphone :)

Ada banyak lagi actually , tapi yg tu lah yg termampu setakat ini semoga membawa manfaat dan sikit sbanyak menyedarkan anda , nak bersosial tak salah , tapi tengok tempat , tengok keadaan ok ? :) tak lari smartphone anda kalau letak dlm poket kejap .. :) maaf kalau ada silap dan salah , tlg betulkan , saya blogger mentransformasikan pandangan dalam bentuk tulisan buat tatapan semua .. assalamualaikum w.b.t

Wednesday 1 January 2014

New Year

Assalamualaikum.. Hai , so , yeah , happy new year bloggerians! hm , habis sudah cuti sekola skrg ready nak pergi sekolah . Haha , tahun 2014 , eka dh naik form 4 ..Memang tak ready lg nak jadi form 4, tapi tak ready or tak . tetap kena hadapi jugak .. Em , Result PMR aritu , dapat 6A 2B , dah memadai , alhamdulillah .. takat mana yang eka dah usaha , berbaloi untuk result eka ni . hehe , Azam tahun baru ? uuuu okay , dah masuk form 4 ni , dah berpecah kepada aliran2 tertentu , eka kelas science .. subject baru , benda baru yg akan eka pelajari , so eka harap eka dpt tumpukan perhatian dlm pelajaran dan ready untuk spm 2 tahun lg , mmg sekejap ja masa berlalu ..

 Eka nak ucapkan terima kasih kat cikgu2 yang bnyk ajar fika , bimbing eka .. and kawan2 yg selalu ada dgn eka .. belajar sesama , susah senang sesama .. 8 buddyz :) batch98 smk sn ilovethem . hm , to my parents , hantar pergi tusyen , beli buku macam2 , sediakan tmpat selesa untuk belajar .. bagi kebenaran study ngn kengkawan kat luar  thanks mama and abah :) to my kaklong , thanks ajarkan kakngah math , yang dulunya fail ja , pmr dpt A , alhamdulillah :) and to my adik , yang terpaksa layan kerenah kakngah yg asyik badmood and tensyen sblum PMR dulu .. haha , and to my , orang tersayang :) Fariz Izwan , yang sangat2 memahami eka , and slalu support eka .. thank u so much :)

Yeah , segala hormatnya , eka dahpun isytiharkan yang 'pikaJun' (eka) akan hiatus sbb kena bahagikan masa .. mmg rasanya tak sempat ber-rp tahun ni and tahun dpn , SPM tak lama lg :) Tp eka takkan leave , in shaa allah .. Sayang kot nak leave .. bestie2 yg ikhlas berkawan ngan pikaJun , and tolong bila susah .. semua tu , kenangan :) even dalam group ja , tp kami berkawan macam kenal 10 tahun dah , otp .. and yg paling takleh dilupakan , my bestie , Dora , wish happy birthday kat pikaJun panjang lebar , thats why we call her sweetie ;) and tieka , call memalam time bday eka , sbb nk wish happy bday , im touched :)

Jadi blog pun mungkin jarang update la lepas ni , sorry my followers :( And.. Happy new year again ! :D

My second Fanfic : Together with You

Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Telefon bimbit milik Na eun berdering beberapa kali . Na eun mencapai telefon bimbitnya dan menjawab panggilan tersebut. ‘’ goodmorning my baby ‘’ kedengaran suara seorang lelaki mengucapkan selamat pagi kepada Na eun. Na eun yang pada mulanya agak muram kerana baru terjaga daripada tidur , tersenyum kerana pada awal pagi lagi dia telah di ceriakan oleh teman lelakinya , Junhyung . ‘’ goodmorning prince charming ‘’ balas Na eun . Begitulah hari-hari seterusnya, setelah hampir setahun mereka berpacaran.

Kisah percintaan mereka jarang dihadiri konflik yang sukar diselesaikan . Mereka mempunyai persefahaman yang baik . Hal ini menyebabkan hubungan mereka semakin kukuh dan di cemburui ramai. Namun , tidak lengkaplah suatu perhubungan jika tidak ada pasang surutnya . Suatu perselisihan faham yang agak serius kelihatan seperti akan bermula. Junhyung berada di kantin bagi menikmati makan tengah harinya . Datang seorang gadis menyapa Junhyung, ‘’ hai Junhyung , boleh aku makan sekali dengan kau? ‘’ . Gadis tersebut merupakan rakan sekelas Junhyung yang bernama HyunA. HyunA ialah gadis yang mudah bergaul dan peramah. ‘’ Junhyung , aku ada bawa donat coklat ni , kau nak rasa ? aku yang buat ‘’ hyunA mempelawa Junhyung sambil mengukir senyum comel kepada Junhyung . ‘’ Tak apalah ‘’ Junhyung menolak pelawaan HyunA dan bersikap dingin terhadap HyunA kerana risau Na eun akan cemburu apabila melihat dia melayan HyunA. ‘’ alaa kau ni , rasa lah , sikit ja , aku suapkan okay ? cepat buka mulut ‘’ HyunA bersuara comel dan manja seolah-olah mencuba untuk menarik perhatian Junhyung sambil menyuap donat ke mulut Junhyung. Junhyung tidak dapat menolak pelawaan HyunA buat kali ini , mulutnya terbuka dan memakan donat yang disuap oleh HyunA. ‘’ eh , comotlah ‘’ HyunA menuding jari ke arah pipi Junhyung yang terdapat kesan coklat . ‘’ mana ? ‘’ Junhyung mengelap pipinya tetapi masih terdapat kesan coklat tersebut .’’ sini aku lapkan ‘’ HyunA mengambil tisu dan membersihkan kesan coklat di pipi Junhyung . ‘’ haa , dah bersih , macam budak tadika je kau ni , makan pun comot , hahaha ‘’ HyunA mentertawakan Junhyung . ‘’ eleh ‘’ balas Junhyung selamba sambil mencalitkan coklat di hidung HyunA . ‘’ hah , padan muka , hahaha’’ Junhyung ketawa terbahak-bahak kerana telah berjaya mengenakan HyunA. ‘’ oh , nak main-main ye.. ‘’ kata HyunA sambil mencomotkan wajah Junhyung . ‘’eh macam badut hahaha ! ‘’ Kedengaran suara mereka ketawa keseronokkan . Kebetulan pula pada masa yang sama Na Eun ingin memberikan keychain yang berbentuk hati kepada Junhyung . Na eun berjalan dengan penuh perasaan gembira untuk bertemu kekasih hatinya, Junhyung . Tiba sahaja di kantin, Na eun melihat gelagat mesra Junhyung dan seorang perempuan yang tidak dikenalinya . Na eun berasa terkejut dan tidak menyangka Junhyung akan berkelakuan sebegitu di belakangnya . Na eun menyorok di belakang tiang berdekatan kantin itu dengan segera sambil menyaksikan kemesraan mereka. Tidak dapat digambarkan bertapa perihnya hati Na eun pada waktu itu . ‘’ waktu rehat dah nak tamat ni , sinilah aku bersihkan muka kau tu balik ‘’ HyunA membersihkan wajah Junhyung yang sudah comot itu . Airmata Na eun mula mengalir . Na Eun tidak dapat menahan rasa cemburu dan rasa sakit hatinya lagi . Dia terus beredar dari situ . Junhyung melihat Na eun berlalu pergi dari situ . ‘’ itu Na eun ! ‘’ Junhyung menghiraukan HyunA dan terus mengejar Na Eun . HyunA kebingungan. ‘’ Na Eun !! ‘’ Junhyung memanggil na eun beberapa kali namun na eun terus berlari meninggalkan Junhyung . Junhyung mencapai tangan na eun .Pergerakan na eun terhenti . Na eun cuba melepaskan tangannya dari genggaman Junhyung . Junhyung menarik Na eun lalu memeluknya . Na eun tidak berkata apa-apa tetapi terus mengalirkan airmata tanpa henti . ‘’ I’m sorry baby ’’ Junhyung kesal dan memohon maaf terhadap Na eun sambil memeluknya dengan erat . Na eun berasa sangat kecewa lalu menolak Junhyung dan meninggalkannya .

Di rumah Na eun .
Na eun sangat beremosi . Kejadian pada hari itu tidak dapat dilupakannya dengan mudah. Junhyung tidak henti-henti menelefon Na eun . Namun Na eun telah mematikan telefon bimbitnya . Hampir beratus-ratus sms dihantar oleh Junhyung kepada Na Eun tetapi tidak dibalas kerana Na eun masih lagi teringatkan kejadian hari itu . 3 hari telah berlalu . Junhyung masih lagi tidak berputus asa menghubungi Na eun . Jauh di sudut hati Na eun , dia merindui Junhyung tetapi dia ingin melihat sejauh mana perasaan cinta Junhyung terhadapnya . Junhyung telah membuat keputusan untuk ke rumah Na eun dan memujuknya. ‘’ Na eun ! ni Junhyung ! turunlah , saya rindukan awak ! ‘’ Junhyung memanggil Na eun dari bawah . Na eun tidak menyangka Junhyung akan datang memujuknya hingga sanggup datang ke rumahnya .’’ Na eun ! ‘’ Junhyung memanggil na eun berkali-kali . Na eun semakin resah kerana perbuatan Junhyung itu mungkin mengganggu jiran-jiran di kawasan perumahannya . ‘’ awak baliklah , saya taknak jumpa awak ‘’ balas na eun sambil menunjukkan reaksi tidak senang dengan tindakan Junhyung tersebut. ‘’ saya takkan balik dan akan terus tunggu awak dekat sini , sampai awak turun jumpa saya na eun ‘’ tegas Junhyung. Na eun tidak mempunyai pilihan lain , dia turun menemui Junhyung . ‘’ ikut saya ‘’ kata Junhyung . Na eun hanya menurut perintah kekasihnya itu kerana bimbang dia akan melakukan perkara yang mengganggu jiran-jiran yang lain . Junhyung membawa Na eun ke sebuah pusat membeli belah . Na eun hanya mendiamkan diri dan tidak menegur Junhyung mahupun mengajukan sebarang soalan kepada Junhyung . Mereka berdua singgah di kedai aiskrim . Junhyung tahu kekasihnya amat gemar makan aiskrim, demi memujuknya , Junhyung perlu pandai mengambil hati na eun. Junhyung duduk di salah satu kerusi di kedai tersebut , Na eun yang mengikuti Junhyung berkelakuan kebudak-budakkan lalu duduk di atas riba Junhyung sambil menyandarkan kepalanya di atas bahu Junhyung. ‘’ kenapa ni ? ‘’ soal Junhyung kepada na eun dengan nada perlahan . Na eun masih tidak berkata apa-apa dan hanya tersenyum . Barulah lega hati Junhyung melihat na eun tersenyum . ‘’ saya suapkan awak aiskrim ni ok? ‘’ Junhyung memujuk. ‘’ taknak ‘’ balas na eun sambil mengambil aiskrim yang dipegang Junhyung . Junhyung turut bingung dengan kelakuan na eun . Adakah Na eun masih belum memaafkannya? Na eun tersenyum ke arah Junhyung sekali lagi dan menyuapkan aiskrim kepada Junhyung . Junhyung tersenyum .


*Since e-ka dah masuk form 4 , kena lah study .. so , tunggulah sambungan cerita ' together with you ' ni :D