Wednesday 2 December 2015

Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

nak pergi interview tapi tak prepare apa apa lagi ?  nahh baca sikit




Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris
1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)
JAWAPAN SALAH: 
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.
2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)
JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”
3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)
JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”
PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”
4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)
JAWAPAN SALAH:
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field
5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)
JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”
6. What salary are you looking for?
JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”
7. Why should I hire you?
JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”
 #Credit to : Tumpang Lalu (FB Page)

Cadar katil buat penggemar makanan nombor satu Malaysia !


Assalamualaikum & hi makhluk alam sekalianss 
ssup guys ? 

Okay first of all, e-ka tak jual eh cadar ni & e-ka taktahu mana-mana kedia yg jual.

Skadar perkongsian untuk makhluk-makhluk alam yg suka sgt makan , bak kata orang tu Hidup untuk Makan ! haha, ok ok, Jom scrolling-2 skit apa yg cantik sgt nye tu ?


ni kalau kat bilik cik e-ka kompom terkejut bila bangun pagi tgk2 peluk ikan besar rupa2nya bantal ! hahaha

Keluarga si ikan.. haha comel je yg cikkk tu


Haa yg ni tak tipu mmg nampak meyelerakan !
Nasi lemak ! Makanan tradisi orang melayu :D
Bantal telur goreng tu mcm real kan ..


Yang ni my fav ! Colour dia mcm vintage skit, bantal cookies !
 arghh silap2 makan bantal je nnt 


Haaa cer teka cer teka makanan apa ni ..


Udang segar udang segar!
eh2 bantal ! jadi lapar pulak ..


feberet ketam nih ! bahagianya hidup dgn makanan..
Mimpi indah di syurga makanan ! :D

Ok guys , cuci mata sikit kan dgn cadar makanan yg superbb cantik & unik ni kan
Byeeeos



[PROMOTE] Pot Lepak (Gerai makanan western)

Assalamualaikum makhluk alam sekaliansss ~
ssup guys ?
Okay entri harini cik E-ka nak promote skit gerai makanan western !
Haa bila sebut western ja apa lagi , burger , chicken chop, fries, just pizza je blum jual lg kat sini .hehehh

But first of all, gambar2 ni e-ka amik dr FB Malaysian Food Channel & e-ka tak pernah pergi lg sini but bila ada free nnt nak try jgk la cam gempak kan ? ;)

Okay lets start!

Eh 2? Burger ke maggie ? cam best je :D 

Wahh terliur ni .. banyaknya, makan tak habis sorang ni ! 

Kita satu bangsa kita satu negara...Kita satu matlamat...ooo
(eh2 nyanyi pulak)
Haa nampak tu smngat patriotik yg tinggi ! Bangga dgn jalur gemilang :D


wah..meatball pun ada.. takpayah pergi Ikea ! 

wait wait , wutt ?!!! Sos pink ! My fav colour !!!
(over excited)

ala2 makan kat restaurant gituw

Perghh sos leleh dia... 

Alamat : 
Kampung Titi Kerbau, Mukim Sungai Laka
06010 Changlun, Kedah

Masa Operasi :
4.00ptg - 11.00mlm (Sabtu Cuti)

No Tel :
011-14382308

Facebook :

SHARE & TAG :
Jika anda rungsing memikirkan tempat makan yang menarik, LIKE pages ini dan Sebarkan kepada rakan-rakan anda tentang Info tempat makan yang menarik di pages Malaysia Food Channel
(",)


#MalaysiaFoodChannel




Tadaa... itulah dia #PotLepak gerai western gempak tiptop walawehh ! Jom support orang kita bagi maju , mana tau skrg kecil2 gerai ja, nnt #PotLepak jd restaurant besar dgn ratusan cawangan sluruh malaysia ! Amin .. 

Tuesday 1 December 2015

[KARANGAN] PERANAN IBU BAPA DALAM USAHA MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.

SETIAP AHLI KELUARGA MEMAINKAN PERANAN PENTING KE ARAH MELAHIRKAN GAYA HIDUP SIHAT.  
JELASKAN PERANAN IBU BAPA DALAM USAHA MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT.
     Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko obesiti serta penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?
     Sudah terang lagi bersuluh peri pentingnya peranan ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang bermaksud pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrien kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk.
     Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa dengan doktor  untuk mendapat ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.
     Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka  mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi  lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak  agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak.
     Pada masa yang sama,  selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa  juga seyogia mendidik  ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka  sekali gus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.
     Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama anak-anak  atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa  mengamalkan cara  berkomunikasi berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga serta  mengamalkan ibadat mengikut agama masing-masing akan memberi impak psikologi yang positif.
     Pada masa yang sama memiliki sikap atau mentaliti positif penting untuk menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat, kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-rakan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa  pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa  itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga  kelak. Penguasaan diri yang baik dan pesanan yang sering merangsang anak-anak ke arah positif menangani cabaran merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.
     Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana perkara ini adalah sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi orang yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit  itu untuk melawan kesakitan yang ditanggung. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas kurniaan sebuah badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.
     Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.
     Jika mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya. Kemelut yang bersangkut isu peranan ibu bapa telah dikupas dengan mendalam. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Dengan kata lain, segala kelemahan perlu ditangani sebelum padi di sawah menjadi lalang, sebelum ayam di reban disambar helang. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang sihat bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.






[KARANGAN] PERANAN IBU BAPA MENJADIKAN ANAK-ANAK INSAN YANG BAIK

PERANAN IBU BAPA MENJADIKAN ANAK-ANAK INSAN YANG BAIK

Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-mata tidak mungkin akan dapat menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain harus ditimbal balik dan diambil kira.       

Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar “seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “ suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun”. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi nyata.       


Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain “tarik tali’ dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.       


“Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu”. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.       


Tun Dr Mahathir pernah berkata, “banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah”. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. “Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak”, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut “usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki”.       


Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan apa-apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan “kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus”. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana “anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa”. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak.       


Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, “anak-anak ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan”. Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi.

SPM 2015 is over !


Assalamualaikum w.b.t makhluk alam sekalianss

Ssup ? Haa, as a candidate of SPM 2015 of cossss la e-ka happy sesangat SPM dah habis, rasa mcm satu beban berat dah hilang. ehehehh

Okay, e-ka amik science stream, biology, addmath, fizik, kimia all that .

Nak kasi summary sikit boleh ?

Okay, kalau nak bandingkan subj teras, for me sejarah la yg agak menjacabar among BM BI Math & pendidikan Islam.

Kalau science subject ?
addmath la yg mencabar, bio plg ok , yg lg dua so so ja lah..

Kalau dah active dgn twitter tu, smpai trending #SPM2015 dgn jokes of SPM questions, hehehe e-ka pun apa lg , join jgk lah .haha

Ok so dah merdeka ni baru boleh update blog , just request anything tutorial on blog decorating or smthing else, any questions or whatever just leave your comment below ok ! spam the chatbox too!

Much love !

Saturday 24 October 2015

PUISI TEPI JALAN - Fynn Jamal (track 18)

Of course we know
Kita--
bukanlah bodoh sangat untuk tak melihatnya
kalau dah namanya manusia
mesti ada yang suka
mesti ada yang tak suka
 
Matang--
adalah mereka yang menerima
hakikat hidup
adalah mati

Makanya--
the only one we need to please
adalah rabbil ‘izzati
tidaklah dunia ini melainkan ujian kepada kita

Macam main game jugaklah
kalau dah unlock satu level
the next one akan lagi susah tahap gila punya unbelievable
dari pemarah kita jadi penyabar
dari penyedih kita jadi pembahagia
tapi takkan syaitan mudah-mudah berputus asa dengan kita

Lalu dihantar pula manusia-manusia
untuk memetik sabar kita sampai kontang
bertopengkan niat yang baik-baik kadang-kadang
ada masa datang sebagai jahat yang terang


Kita didatangi manusia yang berkehendakkan kita
untuk kembali negative
Don’t let this clouds blind you
istighfar
and politely ask them, to leave
kalau tak terdaya
diam--
pandang--
tapi jangan dengar
ulang--
ini semua syaitan
dari an nar

God knows --
I have somewhat gained enemies
just because I said no to so many common yeses among people

No matter how polite--
It is never easy to tell people it is equally wrong
to deliver negativity to the world

tapi takpelah
keep your prayers , and hope
One day Allah makes them see

Kita sayang semua kan?
Kita nak semua masuk syurga kan?
Jadi kita kena jaga diri kita
dan semua orang keliling kita

Saya Fynn Jamal
dan ini
PUISI TEPI JALAN

Saturday 10 October 2015

[New Song-Lyrics] Mainan Cinta - Freaking Yellow Band

Mainan Cinta - Freaking Yellow Band 


Vocalist : Faiz John
Guitarist : Fariz Izwan
Composer & Lyrics : Taariq Zuhdi & Aiman Hakim

Kasih di manakah kau berada
Aku mencarimu setiap hari ku
Jauh kau pergi tinggalkan aku
Aku merinduimu setengah mati ku

Bagaimanakah harus ku mencari
Kasih kau pergi tak kembali
Ku mencintaimu sepenuh hatiku
Tidakkah engkau tahu ..

Tidakkah engkau tahu bertapa sakitnya
Menahan rindu di dada
Namun tak dapat ku lupa kenangan kita
Berdua bersama
Berdua .. bersama ..

*Tidakkah engkau tahu bertapa sakitnya
Menahan rindu di dada
Namun tak dapat ku lupa kenangan kita
Berdua bersama
Berdua .. bersama ..

Mungkin ini hanya mainan cinta 
Ku terima ia seadanya
Walau hati ini masih terluka
Ku tabah hadapi segalanya

Thursday 17 September 2015

[CHORD] Satu Hari Nanti - Najwa Latif

[CHORD] Satu Hari Nanti - Najwa Latif
Capo On 4th
G D Em
Aku inginkan hidup senang
C G
Aku inginkan hati tenang
D Em
setia doa ku untukku
C G
setiap doa ku untukmu
C Em
ku bawa ku bawa
D G
Semua ku sayang ku bawa
C Em
ku bawa ku bawa
D G
Semua ku sayang ku bawa
C G D G C G D
G D Em
Tadi pagi ku patah hati.
D G
dia tak mungkinkan kembali
C Em
kau tak perlu faham apa yang ku rasa
D G
tak perlu bersedih jangan membuang masa
C Em
ku bawa ku bawa
D G
Semua ku sayang ku bawa
C Em
ku bawa ku bawa
D G
Semua ku sayang ku bawa
*
G C
Satu hari nanti
Em
Aku kan bebas
D
Ay ya ya ya
G C
Dan pada oh hari itu
Em
Dengar aku nyanyikan
D
Ay ya ya ya
G D Em
Ada orang yang gilakan harta
D G
Ada yang hidup mewah tanpanya
C Em
Jika tak guna apa yang disediakan
D G
Seandainya gagal jangan beri alasan
C Em
ku bawa ku bawa
D G
Semua ku sayang ku bawa
C Em
ku bawa ku bawa
D G
Semua ku sayang ku bawa
Ulang * 2x
G C
Siapa yang halau
G C
Dan siapa yang menunggu
G C
Aku tak perlu kau ikut
G C
Hantar aku ke hujung
G C
Lambai selagi ku wujud
A Bm
Senyum selagi ku berdiri
C D
Senyum selagi ku berjanji
Yeah yeah
Ulang *

Tuesday 15 September 2015

[TUTORIAL One-by-One] How to convert JPG/JPEG to PNG

Cara convert JPG/JPEG to PNG
Cara nak hilangkan background gambar
Cara nak kosongkan background
Cara nak buang background gambar

macam mana, bagaimana, ini semua adalah persoalan yg sering ditujukan bagi menghilangkan background gambar & dapatkan object yang kita nak sahaja. '' How to convert JPG/JPEG to PNG ''
Okay, JPG/JPEG & PNG ni adalah format gambar, kalau JPG atau JPEG adalah gambar biasa yang kita lihat seperti dibawah , tidak bergerak, bukan dalam bentuk video atau lagu,




selain search di google , gambar2 berfomat PNG, kita boleh juga search clip art, kalau dha taktahu sgt tp risiko di google ni kita akan dapat jugak gambar yang berbackground even kita nak cari gambar yang tak ada background. Macam mana nak tau tu format PNG atau JPG ?

Okay, 

nampak gambar kat atas ni? background dia kotak2 kelabu putih tu kan? gambar macam ni lah format PNG. background kosong.

OKAY, dah kenal PNG ? Jom ikuti tutorial nak 'hilangkan background gambar' / convert JPG to PNG.

STEP 1 : 



pergi ke --> https://pixlr.com/editor
sebab pixlr ni ada macam2 jenis, untuk convert to png, kita guna PIXLR EDITOR. yang ni sgt sesuai untuk beginner sbb photoshop agak extreme.
Lepas dah keluar laman web PIXLR mcm dalam gambar tu, boleh pilih sources gambar, kalau gambar tu ada dalam laptop/pc/komputer anda, terus Click dekat anak panah purple tu & cari gambar tersebut. Tak perlu sign up.

Step 2 :



lepas tu dia akan keluar macamni, click dekat ' Layer ' yang berkotak merah tu.

STEP 3 :


click ' New Layer '

STEP 4 :


Pada bahagian kanan, akan muncul satu kotak '' Background ' macam dalam kotak merah yang cik e-ka dah tandakan tu, double click atau klik 2 kali pada kotak kuning kecik tu macam simbol mangga tu.

STEP 5 :


Tempat yg kita click tadi akan jadi 'tick' mcm dalam gambar di atas. Kemudian, pergi ke kotak merah sebelah kiri yg cik e-ka letak anak panah tu, click lasso tool tersebut .

Step 6 :



Click bahagian background yang kita nak hilangkan tu. Contohnya kat sini cik e-ka nak hilangkan background putih tersebut, click pada background putih tersebut.

Step 7 :



Pergi ke ' Edit ' & click ' Clear '
background anda akan di hilangkan.

Step 8 :



Background dah pun hilang & sekarang tinggal object sahaja! Boleh lah click ' File ' & click ' save '

Step 9 :



Untuk format, bukan lagi JPEG tetapi click PNG , barulah gambar tersebut berada dalam format PNG iaitu tiada background. & click ' OK '

SIAP!

Haa, step by step lagi ;) mudah & sesuai untuk beginner , lepasni e-ka bagi tutorial extreme lg kalau ada rezki, untuk gambar yang background putih je macam kat atas ni senang lah,untuk background berserabut lg extreme , sebarang persoalan boleh comment kat bawah ye ;)


Seminar Zipp A - MPCDA di Pendang Lake Resort.



Assalamualaikum w.b.t

oraitt harini cik e-ka nak crita skit pasal seminar Zipp A untuk subject sains tulen, fizik ,kimia, bio & addmath. Setahu cik e-ka yg join kali ni (13 sept - 15 sept) ni hampir 100 orang lebih, perempuan 2 dorm, lelaki 1 dorm shj.

Pendang lake resort ni mmg tempat yg sesuai la kalau untuk kem or seminar, tapi dsbbkan kali ni kami pergi untuk menimba ilmu, takda lah aktiviti2 lasak bagai tu even kat sini ada kayak. Kami just stay dorm & pergi dewan yang sejuk beku macam dalam fridge tu selama beberapa jam untuk beberapa slot .

Makanan mmg terbaik, MPDCA mmg peruntukkan semua kelengkapan yg spatutnya kami dpt, mmg pergi tu tenangkan hati ,jiwa & minda ja untuk mudah terima ilmu memandangkan lagi 46 hari sebelum SPM. Kira macam pecutan akhir lah ni. Memang sronok sbb hanya 2-3 orang pelajar shj dari setiap sekolah di penang termasuk Seberang & Pulau .

Dalam dorm boleh muat lebih kurang 50 orang, katil double decker, tandas besar ada 5 tandas kecil dalam tu, mandi memang ada kolah besar kat situ. Dorm ada aircond + kipas , jangan risau selimut & bantal disediakan.

Pendang Lake Resort ni nak kata besar tak besar sangat tapi ada padang sesuai untuk kawad, dan ada sapphire hall, diamond hall, kami guna diamond hall untuk seminar, aircond dia memang tak tahan, berjam2 dalam tu sampai selsema! hahaha,

Makan pulak, ada sarapan, nasik lemak, kuey teow, then dlm pkul 10 tu makan kuih lg, pkul 12 makan tengah hari, then ada makan petang, makan malam, supper. Parents tak perlu risau lah makan kat sini mmg terjaga & sedap!

J.U , guru2 semua mmg berpengalaman & modul yg kami dpt pun sgt membantu, seminar kali ni lebih kepada buat latihan & akan dibimbing oleh J.U (guru2) kat situ, tak perlu malu lah, datang sini untuk belajar, so apa yg tak faham, terus tanya , angkat tangan tanpa segan silu .

Selama 3 hari kat pendang lake resort ni memang macam2 ilmu dapat, kawan2 baru semua sporting & dengar kata yg datang ni semua pelajar cemerlang yg skolah masing2 hantar, memang dari segi komunikasi dgn depa takdak masalah. Melawak & sembang macam kenal lama.

So , balik bukan dengan tangan kosong, bawak ilmu balik share dgn kawan2. Jadi tu shj serba sdikit mengenai seminar Zipp A 2015 ni..

;)

Friday 11 September 2015

Chord Siapa Diriku - Aida Jebat

Capo On 2:
C
Jangan-jangan kau terburu-buru
F
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Am G
Kau tak tahu siapa diriku
F G
Hanya tuhan yang tahu
C
Ku bukan primadona
F
Aku bukan juga DIVA
Am G
Aku.. aku..
C
Ku bukanlah superstar
F
Sampai nak mengada-ngada
Am G C
Tunggu jangan cuba nak label ku
Am G
Biarkan mereka berkata-kata
F Fm
Apa sahaja
C
Jangan-jangan kau terburu-buru
F
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Am G
Kau tak tahu siapa diriku
F G
Hanya tuhan yang tahu
C
Dengar dengar senyum-senyum saja
F
Jangan marah tak kenal tak cinta
Am G
Kau tak tahu siapa diriku
F G
Hanya tuhan yang tahu
C
Kau cuba jatuhkan ku
F
Tinggalkan ku seribu batu
Am
Aku…
G C
Masih harapanmu
Am G
Biarkan mereka berkata-kata
F Fm
Apa sahaja
C
Jangan-jangan kau terburu-buru
F
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Am G
Kau tak tahu siapa diriku
F G
Hanya tuhan yang tahu
C
Dengar dengar senyum-senyum saja
F
Jangan marah tak kenal tak cinta
Am G
Kau tak tahu siapa diriku
F G
Hanya tuhan yang tahu
F G
Jangan kau main kata
Am C
Tanpa usul periksa
F G
Ku hanya manusia biasa
Am C
Kita tak sempurna
F
Hati-hati dengar sini
Am
Jaga diri jaga hati
F
Sayang Cinta Rindu kata
G
I Love You
C
Jangan-jangan kau terburu-buru
F
Jangan-jangan pandai menghukum ku
Am G
Kau tak tahu siapa diriku
F G
Hanya tuhan yang tahu
C
Jangan dengar senyum-senyum saja
F
Jangan marah tak kenal tak cinta
Am G
Kau tak tahu siapa diriku
F G
Hanya tuhan yang tahu
C
Siapa diriku
F
Siapa diriku
Am G
Kau tak tahu siapa diriku
F G
Hanya tuhan yang tahu
C
Siapa diriku


FORMAT : BIOLOGY PAPER 3 SPM (LAB REPORT) FULL MARKS

Assalamualaikum calon-calon SPM seluruh Malaysia .,
Ini adalah format biologi kertas 3 & cara pemeriksa akan 'marking' yang baru diberikan oleh guru saya pagi tadi untuk kriteria mendapat markah penuh.

Problem statement : P1 = Manipulated Variable
         (3m)              : P2 = Responding Variable
   (in a sentence)    : P3 = Question (what/how//,..) + ?

Hypothesis :      : P1 = Manipulated Variable
     (3m)             : P2 = Responding Variable
(in a sentence)  : P3 = Relationship (larger, smaller, higher, lower, decrease, increase)

Variables : Manipulated :
    (3m)       Responding :
                  Constant/Fixed :

Materials & Apparatus : (atleast 6 apparatus, & 3 materials)
(don't separate
materials & apparatus)
            (3m)

Procedure : K1 = cut/immerse/record/measure//,.. .(way you handle the experiment) MUST write            (3m)        atleast 4
                   K2 = Operating Constant/Fixed Variable (time/volume//...)
                   K3 = Operating Responding (recorded/observed/measured//,..)
                   K4 = Operating Manipulated Variable (unit, be precise & specific)
                   K5 = precaution (handle with, using knife carefully//,..)
                   option : ''repeat step 1 to step 5 by using different size of (...)''

Presentation of data : C1 = Manipulated variable (using correct unit)
              (2m)             C2 = Responding variable (using correct unit)

----------------------------------------------------construct table----------------------------------------------------
                                                                           

Petunjuk : (3m) --> 3 markah
                 P1 , K1, C1 = panduan pemeriksa & dimana markah diberi
                 

This post is origanally typed by me myself Nursyafiqah Zakuan, blogger E-ka and if there is any mistake please leave a comment below ! :D TQ

REVIEW : Hello Kitty Powerbank



Assalamualaikum w.b.t & hi guys !

tengok gambar aje pon dah tahu cik e-ka nak bagi speech pasal apa hari ni, hehe
Gambar diatas adalah gambar yg dah buat cik e-ka tertarik untuk beli powerbank ni sebab cik e-ka dah mmg semula jadi minat Hello Kitty & tak ada powerbank lagi.

So, cik e-ka ni fikir powerbank ni tak berapa penting sgt tapi sbb ada promotion gempak & murah gila! nak tahu? nah :
Hello Kitty Powerbank 8800mAh RM20 FREE POSTAGE !

gempak ? haa even 8800 ja, tapi untuk orang yg hanya guna time emergancy ja, mmg sesuayy sgt !

dapat multi cable lg, boleh charge untuk iphone, samsung & ipod, function dia button kat hidung yg kuning tu haa tekan lama sikit keluar lampu warna putih mcm kat bawah ni, kalau gelap mmg sgt2 berguna sbb terang sgt. 2 in 1 lg !
and kat bawah tu ada 4 lampu biru kecik ja, dia menandakan percentage berapa lg power yang ada dalam powerbank tu.

yang cik e-ka beli ni, warna ROSE (bow) ribbon kat kepala tu, available in RED, PINK, ROSE.


nak jugak? jemput singgah ke Mr. Powerbank di Facebook sebab promosi masih ada sampai sekarang ! sebab korang akan diminta download app My shopee untuk beli, company My Shopee lah yg sponsor , itu yang murah kaw2 tu! Kalau ikutkan, cik e-ka pernah nampak powerbank ni, packaging semua sama sejibik, yg packing kaler pink tu , haa harga kat kedai tu ? RM89 woi! padahal sama ja, not icluding USB pulak tu, haa bijak membeli menang memakai k ;)

Itu sahaja, leave comment down there ! :D chaww


REVIEW : Jump Street Penang



Assalamualaikum w.b.t and hi guys !

Okay tak payah cerita panjang, straight to the point harini cik e-ka nak kasi review sikit pasal Jump Street Penang (al maklumlah baru pergi tadi, letih pun tak hilang lg .,hihihi)

So, harini cik e-ka pergi dalam pukul 3.45 macamtu, and harini hari Jumaat, and memang musim golongan remaja macam cik e-ka ni pergi situ sebab apa? Sebab Jump Street zebarkan voucher free trampoline jumping for an hour ! dengar mcm sejam tu kejap sgt kan? Hah ! Sejam pun semput sudah .hahaha.



Tapi, dah nama pun ramai, bukannya sampai-sampai tu terus boleh main, kena beratur panjang tak panjang la 10 minit jugak, and serahkan voucher & WAJIB beli stocking yang pihak Jump Street sediakan sebab stocking tu memang khas untuk aktiviti lompat & tak tergelincir, harganya RM5 sahaja, design pun cantik! Tapi yang ke 2, dsbbkan ramai (mungkin) kena tunggu turn sejam sebab dia ikut colour ticket kita, ada masa, sbb stiap orang sejam ja, so menapa la sejam kat jump street tu sambil tengok kebahagiaan orang lain jumping jumping kat situ and kita yang datang ni dah excited sgt nk join!

Okay, mesti hampa semua ni nak tau kan harga ticket masuk Jump Street ni berapa? Okay, kalau nak walk-In masuk tengok orang main, FREE, so parents yang segan nak loncat & grandparents yang dah tak mampu tapi nak bawak anak cucu boleh datang masuk tapi tak boleh lah masuk sampai naik atas trampolin tu ok! Eh2, lari tajuk dah, harga dia tak silap cik e-ka, RM27 tapi tak pasti untuk berapa lama , or unlimited , sebab yang cik e-ka pergi ni guna voucher.


Review : dalam Jump Street Penang ni, ada dodge ball, (yang baling2 bola tu) still atas trampoline, tapi no worries guys, bola tu kena tak sakit mana pun, actually, tak sakit pun, sbb diperbuat dari sponge, so mmg dorang pentingkan safety sbb ada Jump Referee ramai kat situ ,mereka ni akan pastikan kita tak buat aksi merbahaya masa lompat tu. Dan.. aksi berbahaya termasuklah back flip , mesti rasa macam alaaaa nak try buat back flip , its okay guys ! sebab apa? Ada tempat khas untuk High Perfomance nak test diri, dalam kawasan tu jugak. Kat High Perfomance court ni boleh buat aktiviti lasak yang kita nak try tapi terhad beberapa orang sahaja dan 5 minit sahaja setiap group, kalau tak ramai rasanya dorang bagi ja kut. Sbb kalau hampa buat back flip tengah2 laman trampoline untuk orang yg datang sesaja tu , kesian la takut yg lain cedera.

Ada satu tempat yang memang dikhaskan untuk lompat sahaja, warming up la kononnya, dan ada jugak ntah la namanya apa tapi ada banyak sponge warna warni dekat dalam satu tempat, kita lompat dari trampoline, dan terjun dalam tu. Poof! Hilang ditenggelami sponge yang banyak! Hahaha, kalau dah terjun datang ni, nak melangkah naik nya susah ya rabbi.. cuba lah cabar diri!



Ada juga kedai jual barang2 Jump Street, mcm T shirt, bottle, legging, mmg semua pasal Jump Street lah takkan pasal lain kan,hahaha
Pasal facility yang lain jangan risau, ada Jump Café memang hipster , air yang dijual memang product Jump street sendiri & sangat bagus untuk hilangkan letih lepas sakan lompat, and makan pun banyak pilihan. Tapi agak pricy.. so untuk makan better prepare RM10-RM30.

Yang lain tu ada untuk kanak2, dan jangan risau, kalau tak reti nak lompat, ada referee ajarkan, depa ni semua mmg superb dan mmg terlatih.

Jadi, itu sahaja review ttg Jump Street Penang hari ni !

Psss, gambar dari google untuk beri gambaran, tapi ini gambar sebenar Jump Street Penang. Sebab satu lagi di KL. 

Tuesday 8 September 2015

Chemistry From 4 & 5 : Definition list

Hi guys, cik e-ka share bukan satu, tapi dua set definition list untuk students kimia form 4 & form 5 sekalians, cik e-ka dah arrange to table form lg, so hampa print, lipat tiga, dah jadi nota poket! mudah kan ? ;) Goodluck semua ~



Chemistry Form 4 Definition List
Element – a substance consists of one type of atom.
Compound – a substance consists two or more elements that are chemically bonded(molecule or ions).
Atom – smallest particle of an element.
Molecule – a group of two or more atoms.
Ion – a positively charged / negatively charged particle.
Isotopes – atoms of the same element with same proton number but different nucleonnumbers.
Relative atomic mass of an element = the average mass of one atom of an element/((1/12) x the mass of one carbon-12 atom)
Relative molecular mass of an element = the average mass of one   atom of an molecule/((1/12) x the mass of one carbon-12 atom)
Molecule formula – compound shows the actual number of atoms of each element that are present in a molecule of the compound
Empirical formula – compound shows the simplest whole number ratio of atoms of each element in the compound
Mole – amount of substance that contains as many particles as the number of atoms inexactly 12 g of carbon-12 the symbol of mole is mol.
One mole – Avogadro constant – 6.02 x 1023
Group (Periodic Table) – vertical columns of element (similar chemical properties).
Periods (Periodic Table) – horizontal rows of element.
Valence electrons – electrons that occupy the outermost shell.
Ionic bond – bond formed through the transfer of electrons   between atoms of metal andnon-metal to achieve the stable octet electron arrangement.
Ionic compound – consist of positive ions and negative ions which are held by strong electrostatic forces of attraction.
Covalent bond – bond formed through the sharing of non-metal electrons to achieve the stable duplet or octet electron arrangement.
Covalent compound (also simple molecular structure) – consists of neutral molecules which are held by weak intermolecular forces (Van der Waals).
Alkali (base) – chemical substance which ionizes in water to produce hydroxide ions, OH-.
Acid – chemical substance which ionizes in water to produce hydrogen ions, H+ or hydroxonium ions, H3O+.
pH – degree of acidity or alkalinity of a solution. Scale ranges from 0 to 14.
pH value – measure of the concentration of hydrogen ions, H+.
Strong alkali – ionises (dissociates) completely in water to form hydroxide ions, OH- of high concentration.
Weak alkali – ionises (dissociates) partially in water to form hydroxide ions, OH- of low concentration.
Strong acid – ionises (dissociates) completely in water to form hydrogen ions, H+ of high concentration.
Weak acid – ionises (dissociates) partially in water to form hydrogen ions, H+ of low concentration.
Polymer – long chain molecules made up by monomer (repeating unit).



SPM Chemistry Form 5 Definition List
Effective collision (Collision theory) – collision that results   in a chemical reaction where the particles collide with the correct orientation and are able to achieve the activation energy.
Homologous series – organic compounds (families) with similar formulae and properties.
Catalyst – a chemical that alter the rate of reaction.
Positive catalyst – increases the rate of reaction & lower the activation energy.
Negative catalyst – decreases the rate of reaction & higher the activation energy
Organic compounds – carbon-containing compound. Carbon atoms form covalent bonds.
Inorganic compounds – compounds from non-living things which do not contain the element carbon.
Saturated hydrocarbons – hydrocarbons containing only single bonds between all carbon atoms.
Unsaturated hydrocarbons – hydrocarbons containing at least one carbon-carbon doubleor triple bond.
Esterification – esters are produced
Vulcanisation – process which makes the natural rubber harder and increases its elasticity by adding sulphur.
Redox reaction – chemical reactions involving oxidation and reduction occurring simultaneously.
Flavouring – improve the taste or smell of food and restore taste loss due to food processing.
Stabilisers – help to mix two liquids that usually do not mix together so that they form an emulsion.
Thickeners – substances that thicken food and give the food a firm, smooth and uniform texture.
Precipitation – the heat change when one mole of a precipitate is formed from their ions in aqueous solution.
Displacement – the heat change when one mole of a metal is displaced from its salt solution by a more electropositive metal.
Neutralisation – the heat change when one mole of water is formed from the reaction between an acid and an alkali.
Combustion – the heat change when one mole of a substance is completely burnt in oxygen under standard conditions.