Wednesday 1 January 2014

New Year

Assalamualaikum.. Hai , so , yeah , happy new year bloggerians! hm , habis sudah cuti sekola skrg ready nak pergi sekolah . Haha , tahun 2014 , eka dh naik form 4 ..Memang tak ready lg nak jadi form 4, tapi tak ready or tak . tetap kena hadapi jugak .. Em , Result PMR aritu , dapat 6A 2B , dah memadai , alhamdulillah .. takat mana yang eka dah usaha , berbaloi untuk result eka ni . hehe , Azam tahun baru ? uuuu okay , dah masuk form 4 ni , dah berpecah kepada aliran2 tertentu , eka kelas science .. subject baru , benda baru yg akan eka pelajari , so eka harap eka dpt tumpukan perhatian dlm pelajaran dan ready untuk spm 2 tahun lg , mmg sekejap ja masa berlalu ..

 Eka nak ucapkan terima kasih kat cikgu2 yang bnyk ajar fika , bimbing eka .. and kawan2 yg selalu ada dgn eka .. belajar sesama , susah senang sesama .. 8 buddyz :) batch98 smk sn ilovethem . hm , to my parents , hantar pergi tusyen , beli buku macam2 , sediakan tmpat selesa untuk belajar .. bagi kebenaran study ngn kengkawan kat luar  thanks mama and abah :) to my kaklong , thanks ajarkan kakngah math , yang dulunya fail ja , pmr dpt A , alhamdulillah :) and to my adik , yang terpaksa layan kerenah kakngah yg asyik badmood and tensyen sblum PMR dulu .. haha , and to my , orang tersayang :) Fariz Izwan , yang sangat2 memahami eka , and slalu support eka .. thank u so much :)

Yeah , segala hormatnya , eka dahpun isytiharkan yang 'pikaJun' (eka) akan hiatus sbb kena bahagikan masa .. mmg rasanya tak sempat ber-rp tahun ni and tahun dpn , SPM tak lama lg :) Tp eka takkan leave , in shaa allah .. Sayang kot nak leave .. bestie2 yg ikhlas berkawan ngan pikaJun , and tolong bila susah .. semua tu , kenangan :) even dalam group ja , tp kami berkawan macam kenal 10 tahun dah , otp .. and yg paling takleh dilupakan , my bestie , Dora , wish happy birthday kat pikaJun panjang lebar , thats why we call her sweetie ;) and tieka , call memalam time bday eka , sbb nk wish happy bday , im touched :)

Jadi blog pun mungkin jarang update la lepas ni , sorry my followers :( And.. Happy new year again ! :D

My second Fanfic : Together with You

Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Telefon bimbit milik Na eun berdering beberapa kali . Na eun mencapai telefon bimbitnya dan menjawab panggilan tersebut. ‘’ goodmorning my baby ‘’ kedengaran suara seorang lelaki mengucapkan selamat pagi kepada Na eun. Na eun yang pada mulanya agak muram kerana baru terjaga daripada tidur , tersenyum kerana pada awal pagi lagi dia telah di ceriakan oleh teman lelakinya , Junhyung . ‘’ goodmorning prince charming ‘’ balas Na eun . Begitulah hari-hari seterusnya, setelah hampir setahun mereka berpacaran.

Kisah percintaan mereka jarang dihadiri konflik yang sukar diselesaikan . Mereka mempunyai persefahaman yang baik . Hal ini menyebabkan hubungan mereka semakin kukuh dan di cemburui ramai. Namun , tidak lengkaplah suatu perhubungan jika tidak ada pasang surutnya . Suatu perselisihan faham yang agak serius kelihatan seperti akan bermula. Junhyung berada di kantin bagi menikmati makan tengah harinya . Datang seorang gadis menyapa Junhyung, ‘’ hai Junhyung , boleh aku makan sekali dengan kau? ‘’ . Gadis tersebut merupakan rakan sekelas Junhyung yang bernama HyunA. HyunA ialah gadis yang mudah bergaul dan peramah. ‘’ Junhyung , aku ada bawa donat coklat ni , kau nak rasa ? aku yang buat ‘’ hyunA mempelawa Junhyung sambil mengukir senyum comel kepada Junhyung . ‘’ Tak apalah ‘’ Junhyung menolak pelawaan HyunA dan bersikap dingin terhadap HyunA kerana risau Na eun akan cemburu apabila melihat dia melayan HyunA. ‘’ alaa kau ni , rasa lah , sikit ja , aku suapkan okay ? cepat buka mulut ‘’ HyunA bersuara comel dan manja seolah-olah mencuba untuk menarik perhatian Junhyung sambil menyuap donat ke mulut Junhyung. Junhyung tidak dapat menolak pelawaan HyunA buat kali ini , mulutnya terbuka dan memakan donat yang disuap oleh HyunA. ‘’ eh , comotlah ‘’ HyunA menuding jari ke arah pipi Junhyung yang terdapat kesan coklat . ‘’ mana ? ‘’ Junhyung mengelap pipinya tetapi masih terdapat kesan coklat tersebut .’’ sini aku lapkan ‘’ HyunA mengambil tisu dan membersihkan kesan coklat di pipi Junhyung . ‘’ haa , dah bersih , macam budak tadika je kau ni , makan pun comot , hahaha ‘’ HyunA mentertawakan Junhyung . ‘’ eleh ‘’ balas Junhyung selamba sambil mencalitkan coklat di hidung HyunA . ‘’ hah , padan muka , hahaha’’ Junhyung ketawa terbahak-bahak kerana telah berjaya mengenakan HyunA. ‘’ oh , nak main-main ye.. ‘’ kata HyunA sambil mencomotkan wajah Junhyung . ‘’eh macam badut hahaha ! ‘’ Kedengaran suara mereka ketawa keseronokkan . Kebetulan pula pada masa yang sama Na Eun ingin memberikan keychain yang berbentuk hati kepada Junhyung . Na eun berjalan dengan penuh perasaan gembira untuk bertemu kekasih hatinya, Junhyung . Tiba sahaja di kantin, Na eun melihat gelagat mesra Junhyung dan seorang perempuan yang tidak dikenalinya . Na eun berasa terkejut dan tidak menyangka Junhyung akan berkelakuan sebegitu di belakangnya . Na eun menyorok di belakang tiang berdekatan kantin itu dengan segera sambil menyaksikan kemesraan mereka. Tidak dapat digambarkan bertapa perihnya hati Na eun pada waktu itu . ‘’ waktu rehat dah nak tamat ni , sinilah aku bersihkan muka kau tu balik ‘’ HyunA membersihkan wajah Junhyung yang sudah comot itu . Airmata Na eun mula mengalir . Na Eun tidak dapat menahan rasa cemburu dan rasa sakit hatinya lagi . Dia terus beredar dari situ . Junhyung melihat Na eun berlalu pergi dari situ . ‘’ itu Na eun ! ‘’ Junhyung menghiraukan HyunA dan terus mengejar Na Eun . HyunA kebingungan. ‘’ Na Eun !! ‘’ Junhyung memanggil na eun beberapa kali namun na eun terus berlari meninggalkan Junhyung . Junhyung mencapai tangan na eun .Pergerakan na eun terhenti . Na eun cuba melepaskan tangannya dari genggaman Junhyung . Junhyung menarik Na eun lalu memeluknya . Na eun tidak berkata apa-apa tetapi terus mengalirkan airmata tanpa henti . ‘’ I’m sorry baby ’’ Junhyung kesal dan memohon maaf terhadap Na eun sambil memeluknya dengan erat . Na eun berasa sangat kecewa lalu menolak Junhyung dan meninggalkannya .

Di rumah Na eun .
Na eun sangat beremosi . Kejadian pada hari itu tidak dapat dilupakannya dengan mudah. Junhyung tidak henti-henti menelefon Na eun . Namun Na eun telah mematikan telefon bimbitnya . Hampir beratus-ratus sms dihantar oleh Junhyung kepada Na Eun tetapi tidak dibalas kerana Na eun masih lagi teringatkan kejadian hari itu . 3 hari telah berlalu . Junhyung masih lagi tidak berputus asa menghubungi Na eun . Jauh di sudut hati Na eun , dia merindui Junhyung tetapi dia ingin melihat sejauh mana perasaan cinta Junhyung terhadapnya . Junhyung telah membuat keputusan untuk ke rumah Na eun dan memujuknya. ‘’ Na eun ! ni Junhyung ! turunlah , saya rindukan awak ! ‘’ Junhyung memanggil Na eun dari bawah . Na eun tidak menyangka Junhyung akan datang memujuknya hingga sanggup datang ke rumahnya .’’ Na eun ! ‘’ Junhyung memanggil na eun berkali-kali . Na eun semakin resah kerana perbuatan Junhyung itu mungkin mengganggu jiran-jiran di kawasan perumahannya . ‘’ awak baliklah , saya taknak jumpa awak ‘’ balas na eun sambil menunjukkan reaksi tidak senang dengan tindakan Junhyung tersebut. ‘’ saya takkan balik dan akan terus tunggu awak dekat sini , sampai awak turun jumpa saya na eun ‘’ tegas Junhyung. Na eun tidak mempunyai pilihan lain , dia turun menemui Junhyung . ‘’ ikut saya ‘’ kata Junhyung . Na eun hanya menurut perintah kekasihnya itu kerana bimbang dia akan melakukan perkara yang mengganggu jiran-jiran yang lain . Junhyung membawa Na eun ke sebuah pusat membeli belah . Na eun hanya mendiamkan diri dan tidak menegur Junhyung mahupun mengajukan sebarang soalan kepada Junhyung . Mereka berdua singgah di kedai aiskrim . Junhyung tahu kekasihnya amat gemar makan aiskrim, demi memujuknya , Junhyung perlu pandai mengambil hati na eun. Junhyung duduk di salah satu kerusi di kedai tersebut , Na eun yang mengikuti Junhyung berkelakuan kebudak-budakkan lalu duduk di atas riba Junhyung sambil menyandarkan kepalanya di atas bahu Junhyung. ‘’ kenapa ni ? ‘’ soal Junhyung kepada na eun dengan nada perlahan . Na eun masih tidak berkata apa-apa dan hanya tersenyum . Barulah lega hati Junhyung melihat na eun tersenyum . ‘’ saya suapkan awak aiskrim ni ok? ‘’ Junhyung memujuk. ‘’ taknak ‘’ balas na eun sambil mengambil aiskrim yang dipegang Junhyung . Junhyung turut bingung dengan kelakuan na eun . Adakah Na eun masih belum memaafkannya? Na eun tersenyum ke arah Junhyung sekali lagi dan menyuapkan aiskrim kepada Junhyung . Junhyung tersenyum .


*Since e-ka dah masuk form 4 , kena lah study .. so , tunggulah sambungan cerita ' together with you ' ni :D