Jam
menunjukkan pukul 8.00 pagi. Telefon bimbit milik Na eun berdering beberapa
kali . Na eun mencapai telefon bimbitnya dan menjawab panggilan tersebut. ‘’
goodmorning my baby ‘’ kedengaran suara seorang lelaki mengucapkan selamat pagi
kepada Na eun. Na eun yang pada mulanya agak muram kerana baru terjaga daripada
tidur , tersenyum kerana pada awal pagi lagi dia telah di ceriakan oleh teman
lelakinya , Junhyung . ‘’ goodmorning prince charming ‘’ balas Na eun . Begitulah
hari-hari seterusnya, setelah hampir setahun mereka berpacaran.
Kisah percintaan mereka jarang dihadiri konflik yang sukar diselesaikan .
Mereka mempunyai persefahaman yang baik . Hal ini menyebabkan hubungan mereka
semakin kukuh dan di cemburui ramai. Namun , tidak lengkaplah suatu perhubungan
jika tidak ada pasang surutnya . Suatu perselisihan faham yang agak serius
kelihatan seperti akan bermula. Junhyung berada di kantin bagi menikmati makan
tengah harinya . Datang seorang gadis menyapa Junhyung, ‘’ hai Junhyung , boleh
aku makan sekali dengan kau? ‘’ . Gadis tersebut merupakan rakan sekelas
Junhyung yang bernama HyunA. HyunA ialah gadis yang mudah bergaul dan peramah.
‘’ Junhyung , aku ada bawa donat coklat ni , kau nak rasa ? aku yang buat ‘’
hyunA mempelawa Junhyung sambil mengukir senyum comel kepada Junhyung . ‘’ Tak
apalah ‘’ Junhyung menolak pelawaan HyunA dan bersikap dingin terhadap HyunA
kerana risau Na eun akan cemburu apabila melihat dia melayan HyunA. ‘’ alaa kau
ni , rasa lah , sikit ja , aku suapkan okay ? cepat buka mulut ‘’ HyunA
bersuara comel dan manja seolah-olah mencuba untuk menarik perhatian Junhyung
sambil menyuap donat ke mulut Junhyung. Junhyung tidak dapat menolak pelawaan
HyunA buat kali ini , mulutnya terbuka dan memakan donat yang disuap oleh
HyunA. ‘’ eh , comotlah ‘’ HyunA menuding jari ke arah pipi Junhyung yang
terdapat kesan coklat . ‘’ mana ? ‘’ Junhyung mengelap pipinya tetapi masih
terdapat kesan coklat tersebut .’’ sini aku lapkan ‘’ HyunA mengambil tisu dan
membersihkan kesan coklat di pipi Junhyung . ‘’ haa , dah bersih , macam budak
tadika je kau ni , makan pun comot , hahaha ‘’ HyunA mentertawakan Junhyung .
‘’ eleh ‘’ balas Junhyung selamba sambil mencalitkan coklat di hidung HyunA .
‘’ hah , padan muka , hahaha’’ Junhyung ketawa terbahak-bahak kerana telah
berjaya mengenakan HyunA. ‘’ oh , nak main-main ye.. ‘’ kata HyunA sambil
mencomotkan wajah Junhyung . ‘’eh macam badut hahaha ! ‘’ Kedengaran suara
mereka ketawa keseronokkan . Kebetulan pula pada masa yang sama Na Eun ingin
memberikan keychain yang berbentuk hati kepada Junhyung . Na eun berjalan
dengan penuh perasaan gembira untuk bertemu kekasih hatinya, Junhyung . Tiba
sahaja di kantin, Na eun melihat gelagat mesra Junhyung dan seorang perempuan yang
tidak dikenalinya . Na eun berasa terkejut dan tidak menyangka Junhyung akan
berkelakuan sebegitu di belakangnya . Na eun menyorok di belakang tiang
berdekatan kantin itu dengan segera sambil menyaksikan kemesraan mereka. Tidak
dapat digambarkan bertapa perihnya hati Na eun pada waktu itu . ‘’ waktu rehat
dah nak tamat ni , sinilah aku bersihkan muka kau tu balik ‘’ HyunA
membersihkan wajah Junhyung yang sudah comot itu . Airmata Na eun mula mengalir
. Na Eun tidak dapat menahan rasa cemburu dan rasa sakit hatinya lagi . Dia
terus beredar dari situ . Junhyung melihat Na eun berlalu pergi dari situ . ‘’
itu Na eun ! ‘’ Junhyung menghiraukan HyunA dan terus mengejar Na Eun . HyunA
kebingungan. ‘’ Na Eun !! ‘’ Junhyung memanggil na eun beberapa kali namun na
eun terus berlari meninggalkan Junhyung . Junhyung mencapai tangan na eun
.Pergerakan na eun terhenti . Na eun cuba melepaskan tangannya dari genggaman
Junhyung . Junhyung menarik Na eun lalu memeluknya . Na eun tidak berkata
apa-apa tetapi terus mengalirkan airmata tanpa henti . ‘’ I’m sorry baby ’’ Junhyung
kesal dan memohon maaf terhadap Na eun sambil memeluknya dengan erat . Na eun
berasa sangat kecewa lalu menolak Junhyung dan meninggalkannya .
Di rumah Na eun .
Na eun sangat beremosi . Kejadian pada hari itu tidak dapat dilupakannya dengan
mudah. Junhyung tidak henti-henti menelefon Na eun . Namun Na eun telah
mematikan telefon bimbitnya . Hampir beratus-ratus sms dihantar oleh Junhyung
kepada Na Eun tetapi tidak dibalas kerana Na eun masih lagi teringatkan
kejadian hari itu . 3 hari telah berlalu . Junhyung masih lagi tidak berputus
asa menghubungi Na eun . Jauh di sudut hati Na eun , dia merindui Junhyung
tetapi dia ingin melihat sejauh mana perasaan cinta Junhyung terhadapnya .
Junhyung telah membuat keputusan untuk ke rumah Na eun dan memujuknya. ‘’ Na
eun ! ni Junhyung ! turunlah , saya rindukan awak ! ‘’ Junhyung memanggil Na
eun dari bawah . Na eun tidak menyangka Junhyung akan datang memujuknya hingga
sanggup datang ke rumahnya .’’ Na eun ! ‘’ Junhyung memanggil na eun
berkali-kali . Na eun semakin resah kerana perbuatan Junhyung itu mungkin
mengganggu jiran-jiran di kawasan perumahannya . ‘’ awak baliklah , saya taknak
jumpa awak ‘’ balas na eun sambil menunjukkan reaksi tidak senang dengan tindakan
Junhyung tersebut. ‘’ saya takkan balik dan akan terus tunggu awak dekat sini ,
sampai awak turun jumpa saya na eun ‘’ tegas Junhyung. Na eun tidak mempunyai
pilihan lain , dia turun menemui Junhyung . ‘’ ikut saya ‘’ kata Junhyung . Na
eun hanya menurut perintah kekasihnya itu kerana bimbang dia akan melakukan
perkara yang mengganggu jiran-jiran yang lain . Junhyung membawa Na eun ke
sebuah pusat membeli belah . Na eun hanya mendiamkan diri dan tidak menegur
Junhyung mahupun mengajukan sebarang soalan kepada Junhyung . Mereka berdua
singgah di kedai aiskrim . Junhyung tahu kekasihnya amat gemar makan aiskrim,
demi memujuknya , Junhyung perlu pandai mengambil hati na eun. Junhyung duduk
di salah satu kerusi di kedai tersebut , Na eun yang mengikuti Junhyung
berkelakuan kebudak-budakkan lalu duduk di atas riba Junhyung sambil
menyandarkan kepalanya di atas bahu Junhyung. ‘’ kenapa ni ? ‘’ soal Junhyung
kepada na eun dengan nada perlahan . Na eun masih tidak berkata apa-apa dan
hanya tersenyum . Barulah lega hati Junhyung melihat na eun tersenyum . ‘’ saya
suapkan awak aiskrim ni ok? ‘’ Junhyung memujuk. ‘’ taknak ‘’ balas na eun
sambil mengambil aiskrim yang dipegang Junhyung . Junhyung turut bingung dengan
kelakuan na eun . Adakah Na eun masih belum memaafkannya? Na eun tersenyum ke
arah Junhyung sekali lagi dan menyuapkan aiskrim kepada Junhyung . Junhyung
tersenyum .
*Since e-ka dah masuk form 4 , kena lah study .. so , tunggulah sambungan cerita ' together with you ' ni :D
No comments:
Post a Comment