Saturday 3 May 2014

Kelunturan Hidup Bermasyarakat


Assalamualaikum w.b.t .. Apa khabar blogger2 sekalian ? em rindunya , lama sngt dah tak update blog .. macam yg e-ka dh cakap masa awal tahun dulu lah , busy sikit , dh naik form 4 ni , tusyen pun e-ka baru je mula bulan ni sebab terlalu sibuk , permulaan tahun ni e-ka rasa antara tahun e-ka paling aktif dan sangat2 sibuk , syarahan lah , teater , public speaking , mc sna mc sni , sampaikan tak pernah sehari e-ka at sekolah tu tkda yang relax , kalau orang lain datang belajar dan balik , e-ka ada ja benda yang kena settlekan sampaikan kadang2 tu penat sangat2 , tapi alhamdulillah , tabahan diri , ingt semua kerja yg e-ka buat, niat ikhlas , kerana Allah s.w.t ..alhamdulillah stakat ni tkda sehari pun e-ka tak datang sekolah .. :) eh2 dah kenapa e-ka melalut pasal sekolah pulak ni , tak kena tajuk pulak ..

Haaa, bagi yg tertanya2 apa kena mengena tajuk ''Kelunturan Hidup Bermasyarakat'' (dh macam tajuk karangan pulak) dengan gambar yg e-ka sisipkan di atas ? kalau nak tawu , e-ka mmg dah lama sngt nk cakap pasal benda ni , so buat lah jugak melepas geram yg terbuku di hati , (cewah ayat) em entri kali ni menyentuh isu generasi yang lincah bermain dengan alat2 moden , gajet2 canggih al maklumlah dikatakan dunia sudah maju , takkanlah nak jadi mcm katak di bawah tempurung ? lipas di belakang almari ? tikus di balik pintu ? (amboi dh melebih pulak peribahasa dia) haha .. yaa okay2 , tak salah tu semua , TAPI memang e-ka tak dapat nafikan apa yang e-ka nampak realiti sekarang ini kita seolah-olah bertuhankan gajet tu semua . maaf agak lancang , tapi , cuba kita tanya diri sendiri , imbas semula , bila dengar azan , kita solat dahulu kah ataupun update status / tweet dahulu ? e-ka tak cakap semua , tapi bila gempa bumi berlaku pada 11 april 2012 di Malaysia dulu , walaupun tak begitu serius sehingga mampu menyebabkan kematian , TETAPI , berapa ramai yg update status ckp '' eh kenapa rasa bergegar ni '' '' katil aku bergoyang lah '' '' gempa bumi lah! '' lepas tu baru bertindak ? hm , dan berapa ramai yang betul2 doakan keselamatan MH370 atau sekadar tweet dan update status sahaja ? :')

Generasi serba bijak sekalian , sibuk sangat kah kita dengan gajet2 sebegini sehinggakan tengah berjalan pun nak di tenung fon tu ? (tapi awek cun lalu dia nampak pulak) okay ini apa yang e-ka lalui sendiri , satu hari tu e-ka keluar tanpa membawa handphone sebab nak ke 7 eleven je , dekat dekat rumah e-ka .. e-ka masuk lift , ada sorang lelaki ni , main phone , keluar lift , smbil berjalan ada gadis berbangsa cina sedang berjalan jugak smbil bermain phone , e-ka jalan lg smpai dlm 7 eleven , ada lelaki smbil bayar barang pegang fon , dan selesai bayar sja dia main phone , cashier yg bosan sebab tak ramai orang tu pun main phone jgak , mmg touch screen lah kebanyakannya , dan e-ka pulak rasa mcm , eh ketinggalan zaman ka aku ni ? em dan apa yang e-ka nampak sendiri , lepas balik 7 eleven , naik lift , ada sorang kakak tu , jiran e-ka , tapi tingkat lain2 , ingatkan nak tegur dia , tapi nampak dia sibuk main phone , terbantut hasrat nak tegur tu .. hm dengan tak sengaja hubungan kemasyarakatan jadi semakin renggang .. makan kena ada phone , tido kena ada phone , smpaikan masuk toilet pun kena ada fon ? hm , nasib baik lah peraturan sekolah tak benarkan pelajar bawak fon ke sekolah , dan e-ka sangat2 tak bersetuju jika fon boleh dibawa ke sekolah .

Kita jadi permah dalam media sosial , contohnya wechat , FB , twitter , instagram , Line , kakaotalk , keek , soundsloud , hah macam2 lagi , kita update mcm2 , chat dengan orang2 baru , tapi realiti ? orang yg kita kenal yang lintas di depan mata kita pun belum tentu kita tegur kan ? dalam media sosial bukan main lagi , '' titew hang out QB awini , law jumpe tuee tegur keyh , saye tak mawah owankx '' dahtu ada la yg comment chit chut chat chit chut chot , tapi realiti ? tegur pun tak .. dan bezanya orang mengorat zaman dulu dengan skrg e-ka tgok , haha , dulu lelaki ckp '' hai, nak number ? '' sekarang ,perempuan pun apa kurangnya '' ID ?? '' haha , dulu , tak dulu sngt lah , 4-5 tahun lepas ..sekarang semua dh berubah .. perempuan dah nak menandingi lelaki .. tapi tak dinafikan jugak media sosial ni bawak banyak kesenangan kpd kita..contohnya e-ka sendiri suka cari maklumat, membeli barang dan berhubung dgn kawan2 melalui media sosial , lebih jimat , mudah dan pantas .. yela , kalau topup , boleh contact ja , kalau guna internet smua boleh .. tapi ada pulak yg salah gunakan , contohnya zaman sekolah ni pulak digunakan untuk cari publisiti , nak fomous , nak HOT , nak ramai kenal , nak banyak followers , nk banyk likers dan e-ka tak faham diorang dpt apa buat tu semua ..

haa , yang ni menyakitkan hati .. korang tawu tak tabiat suka berkepit dengan fon canggih anda 24 jam tu membawa kemudaratan yang kritikal kepada orang lain , tambah2 lagi orang2 tua yang jarang dan tk biasa dengan tabiat remaja gila gajet ni , diorang akan marah habis bila tabiat suka berkepit dengan fon anda tu menyusahkan dia .. contohnya , di pasar malam , dah tawu pasar malam biasanya sesak , TAKPAYAH LAH NAK BERSELFIE BAGAI , boleh pulak berwechat tengah orang bersesak2 tu , mau tak dimaki nya. orang tengah nak beli barang , boleh pulak nak tweet ada dkt pasar malam , ikutkan hati e-ka rasa nak ja buat satu tempat khas tu , duduk lah situ spuas2 hati , untuk bermain fon , apa2 saja prangai . nak nak pulak time drive , ni selalu jadi , dalam kereta , boleh pulak tengok fon , berchatting2 , taktawu ke jalan tu bukan atuk dia punya ? timbulkan kemarahan dan mungkin kemalangan . dan satu lagi , para penjual sekalian , agak2 bila nak serve pelanggan tu tolong lah focus dan concentrate pada kerja anda , bukan smartphone anda , kerana orang yg akan membeli barang yg anda jual adalah pelanggan ,bukan smartphone :)

Ada banyak lagi actually , tapi yg tu lah yg termampu setakat ini semoga membawa manfaat dan sikit sbanyak menyedarkan anda , nak bersosial tak salah , tapi tengok tempat , tengok keadaan ok ? :) tak lari smartphone anda kalau letak dlm poket kejap .. :) maaf kalau ada silap dan salah , tlg betulkan , saya blogger mentransformasikan pandangan dalam bentuk tulisan buat tatapan semua .. assalamualaikum w.b.t